Wednesday, January 2, 2019

Siapkan dirimu wahai bakal suri


Persiapan wanita sebelum bergelar suri rumahtangga

Wanita merupakan insan yang istimewa, penciptaan wanita adalah pelengkap bagi kaum lelaki. Allah S.W.T telah menciptakan kaum wanita sesuai dengan tanggungjawab yang bakal mereka galasi, sepertimana firman Allah S.W.T :
Artinya: “Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya
menurut cara yang ma`ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan
daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah: 228)
Tanggungjawab yang telah Allah S.W.T amanahkan buat wanita tidaklah seberat kaum adam, yang mana kaum adam akan menanggung dosa anggota yang dibawah tanggungganya, tetapi bagi kaum hawa tidak diberatkan tanggungjawab mereka seperti kaum adam. Diisni dapat kita melihat bahawa Islam sangatlah memelihara dan melindungi kaum wanita, sejajar dengan sifat wanita yang lemah lembut dan penyayang.
Mari kita lihat sebahagian sifat wanita yang telah dinobatkan dalam Islam:-
·         Sifat pejuang. Wanita sifat pejuang memiliki kepribadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan. sifat ini diwakili oleh Siti Asiyah binti Mazahim, istri Firaun. Walau berada dalam cengkraman Firaun, Asiyah mampu menjaga akidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di surga daripada istana di dunia yang dijanjikan Firaun. Allah SWT mengabadikan doanya, Dan Allah menjadikan perempuan Firaun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdoa, Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang zalim (QS At Tahriim [66]: 11).

·         Sifat wanita shalihah yang menjaga kesucian dirinya. sifat ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya. Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina! . Demikian ungkap Maryam (QS Maryam [19]: 20). Karena keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Alquran (QS Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS Maryam [19]: 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan karena kecantikannya, namun karena keshalihan dan kesuciannya.

·         Rasulullahisallallahialaiwassallam  juga berwasiat untuk memilih wanita yang memiliki dien (agama) yang baik sebagai ukuran keshohihan seorang wanita, bukan kecantikan, kedudukan atau hartanya.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam beliau bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien (agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sebagai seorang wanita Islam, rujuklah dalil dan contoh kisah-kisah wanita yang perlu kita contohi dan semaikan dalam diri supaya kita menjadi wanita yang di redhai Allah S.W.T. Seorang wanita itu perlu menyemaikan sifat ketegasan dalam diri bagi memelihara iman dan maruah diri serta keluarga. Dewasa ini, remaja Islam wanita telah melondehkan rasa malu yang sepatutnya disemat dalam diri. Sehinggakan sanggup menerima tawaran-tawaran dan memperagakan diri kearah keruntuhan benteng maruah diri dan iman mereka sendiri. Perasaan bangga apabila tubuh badan boleh menjadi satu igauan bagi kaum lelaki, rasa bangga apabila ramai lelaki memilihnya dan rasa bangga apabila dapat menunjukkan kemesraan bersama lelaki yang dicintainya. Darimanakah sikap ini dibentuk? Bagaimanakah ianya meresap masuk kedalam masyarakat?. Apakah yang perlu dilakukan agar ianya tidak berleluasa. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الإيمَانِ.متفق عليه.
[ 9]صحيح البخاري,  كتاب الإيمان,  باب أمور الإيمان, حديث رقم
]صحيح مسلم , كتاب الإيمان , باب بيان عدد شعب الإيمان وأفضلها وأدناها وفضيلة الحياء وكونه من الإيمان, حديث رقم [35
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No. Hadith : 9 ,Muslim, No. Hadith : 35)
Wahai kaum sejenisku, binalah benteng malu yang kukuh dalam diri supaya kita tidak membuka fitnah-fitnah yang besar. Fitnah ini, akan menjerumuskan masyarakat kearah lembah kehinaan. Fitnah ini juga akan membuka pintu-pintu penzinaan dan keruntuhan moral masyarakat. Yakinlah pada jodoh, belum tentu lelaki yang engkau idamkan yang engkau korbankan dirimu adalah jodohmu. Jika ia adalah lelaki yang baik maka fahamilah bahawa dia akan memelihara maruahmu kerna engkau adalah bakal suri dan ibu kepada anak-anak mereka.
Wahai kaum sejenisku, binalah agama dalam dirimu, kerana inilah wasiat Rasulullah S.A.W kepada kaum ada dalam pemilihan jodoh. Dirimu adalah bakal suri rumahtangga yang akan menjadi hiasan buat suamimu dan murabbiah kepada anak-anakmu. Rosaknya tunjang ini maka rosaklah madrasah pembinaan masyarakat ini. Didiklah dirimu bermula dari se
karang, kerna ianya masih belum terlewat. Peliharahlah solatmu, auratmu, maruahmu, adapmu agar dirimu menjadi suri yang berkualiti dan melahirkan insan-insan yang hebat dari Rahim mu. Seebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:-
Dari Ibnu Umar dikatakan bahwa Rasulullah bersabda “…dan wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya dan dia harus bertanggung jawab”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Sebagai wanita kita perlu memahami tanggungjawab yang bakal kita galasi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Kerana kita perlu mengatur seiisi rumahtangga, termasuklah anak-anak. Ibu merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak, manakala proses pendidikan juga banyak tertumpu kepada ibu terutamanya dalam pembinaan awal kanak-kanak. Pimpinlah seiisi rumah kearah yang diredhai Allah agar suasana biah solehah wujud dalam rumahtangga.
Oleh yang demikian, beratnya tanggungjawab sebagai suri rumahtangga, tarbiahlah dirimu bermula dari sekarang, korbankanlah masa lapangmu untuk menuntut ilmu, korbankanlah masa riangmu untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Percayalah pengorbananmu akan membuahkan hasil yang lumayan kelak.

No comments:

Post a Comment