Persiapan wanita sebelum bergelar
suri rumahtangga
Wanita merupakan insan yang
istimewa, penciptaan wanita adalah pelengkap bagi kaum lelaki. Allah S.W.T
telah menciptakan kaum wanita sesuai dengan tanggungjawab yang bakal mereka
galasi, sepertimana firman Allah S.W.T :
Artinya: “Dan para wanita
mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya
menurut cara yang ma`ruf. Akan tetapi para suami mempunyai
satu tingkatan kelebihan
daripada isterinya. Dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah: 228)
Tanggungjawab yang telah Allah S.W.T
amanahkan buat wanita tidaklah seberat kaum adam, yang mana kaum adam akan
menanggung dosa anggota yang dibawah tanggungganya, tetapi bagi kaum hawa tidak
diberatkan tanggungjawab mereka seperti kaum adam. Diisni dapat kita melihat
bahawa Islam sangatlah memelihara dan melindungi kaum wanita, sejajar dengan
sifat wanita yang lemah lembut dan penyayang.
Mari kita lihat sebahagian sifat
wanita yang telah dinobatkan dalam Islam:-
·
Sifat pejuang. Wanita sifat pejuang memiliki
kepribadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik
dan kehormatannya dilecehkan. sifat ini diwakili oleh Siti Asiyah binti
Mazahim, istri Firaun. Walau berada dalam cengkraman Firaun, Asiyah mampu
menjaga akidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih
istana di surga daripada istana di dunia yang dijanjikan Firaun. Allah SWT
mengabadikan doanya, Dan Allah menjadikan perempuan Firaun teladan bagi
orang-orang beriman, dan ia berdoa, Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah
di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan
selamatkan aku dari kaum yang zalim (QS At Tahriim [66]: 11).
·
Sifat wanita shalihah yang menjaga kesucian
dirinya. sifat ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan
ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.
Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang
manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina! . Demikian ungkap
Maryam (QS Maryam [19]: 20). Karena keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan
namanya sebagai nama salah satu surat dalam Alquran (QS Maryam [19]). Maryam
pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam
(QS Maryam [19]: 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan karena
kecantikannya, namun karena keshalihan dan kesuciannya.
·
Rasulullahisallallahialaiwassallam juga berwasiat untuk memilih wanita yang
memiliki dien (agama) yang baik sebagai ukuran keshohihan seorang wanita, bukan
kecantikan, kedudukan atau hartanya.
Dari
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam beliau
bersabda:
“Wanita dinikahi karena
empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien
(agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR.
Bukhari dan Muslim).
Sebagai seorang wanita Islam,
rujuklah dalil dan contoh kisah-kisah wanita yang perlu kita contohi dan
semaikan dalam diri supaya kita menjadi wanita yang di redhai Allah S.W.T.
Seorang wanita itu perlu menyemaikan sifat ketegasan dalam diri bagi memelihara
iman dan maruah diri serta keluarga. Dewasa ini, remaja Islam wanita telah
melondehkan rasa malu yang sepatutnya disemat dalam diri. Sehinggakan sanggup
menerima tawaran-tawaran dan memperagakan diri kearah keruntuhan benteng maruah
diri dan iman mereka sendiri. Perasaan bangga apabila tubuh badan boleh menjadi
satu igauan bagi kaum lelaki, rasa bangga apabila ramai lelaki memilihnya dan
rasa bangga apabila dapat menunjukkan kemesraan bersama lelaki yang
dicintainya. Darimanakah sikap ini dibentuk? Bagaimanakah ianya meresap masuk
kedalam masyarakat?. Apakah yang perlu dilakukan agar ianya tidak berleluasa.
Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الإِيمَانُ بِضْعٌ
وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلا
اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ
الإيمَانِ.متفق عليه.
[ 9]صحيح البخاري, كتاب الإيمان,
باب أمور الإيمان, حديث رقم
]صحيح مسلم , كتاب الإيمان , باب بيان عدد شعب الإيمان وأفضلها
وأدناها وفضيلة الحياء وكونه من الإيمان, حديث رقم [35
Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih
atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan
gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian
daripada iman."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.
Hadith : 9 ,Muslim, No. Hadith : 35)
Wahai kaum sejenisku, binalah
benteng malu yang kukuh dalam diri supaya kita tidak membuka fitnah-fitnah yang
besar. Fitnah ini, akan menjerumuskan masyarakat kearah lembah kehinaan. Fitnah
ini juga akan membuka pintu-pintu penzinaan dan keruntuhan moral masyarakat.
Yakinlah pada jodoh, belum tentu lelaki yang engkau idamkan yang engkau
korbankan dirimu adalah jodohmu. Jika ia adalah lelaki yang baik maka fahamilah
bahawa dia akan memelihara maruahmu kerna engkau adalah bakal suri dan ibu
kepada anak-anak mereka.
Wahai kaum sejenisku, binalah agama dalam
dirimu, kerana inilah wasiat Rasulullah S.A.W kepada kaum ada dalam pemilihan
jodoh. Dirimu adalah bakal suri rumahtangga yang akan menjadi hiasan buat
suamimu dan murabbiah kepada anak-anakmu. Rosaknya tunjang ini maka rosaklah
madrasah pembinaan masyarakat ini. Didiklah dirimu bermula dari se
karang, kerna ianya masih belum
terlewat. Peliharahlah solatmu, auratmu, maruahmu, adapmu agar dirimu menjadi
suri yang berkualiti dan melahirkan insan-insan yang hebat dari Rahim mu. Seebagaimana
Sabda Rasulullah S.A.W:-
Dari Ibnu Umar dikatakan bahwa
Rasulullah bersabda “…dan wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya dan dia
harus bertanggung jawab”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Sebagai wanita kita perlu memahami
tanggungjawab yang bakal kita galasi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Kerana kita perlu mengatur seiisi rumahtangga, termasuklah anak-anak. Ibu
merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak, manakala proses pendidikan
juga banyak tertumpu kepada ibu terutamanya dalam pembinaan awal kanak-kanak.
Pimpinlah seiisi rumah kearah yang diredhai Allah agar suasana biah solehah
wujud dalam rumahtangga.
Oleh yang demikian, beratnya
tanggungjawab sebagai suri rumahtangga, tarbiahlah dirimu bermula dari sekarang,
korbankanlah masa lapangmu untuk menuntut ilmu, korbankanlah masa riangmu untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Percayalah pengorbananmu akan membuahkan
hasil yang lumayan kelak.